Pengikut
Rabu, 23 Ogos 2017
Memohon kepada ALLAH pada setiap waktu
Duhai manusia ,berdoalah kepada Allah pada setiap waktu kerana Dialah yang paling memahami dan sentiasa berada disamping kita ...semasa manusia mula membenci kita... hanya Allah lah yang mendengar segala luahan perasaan di hati kita..
wahai manusia, yakinlah dengan tiga perkara ini:
Tiada siapa yang lebih menyayangimu selain Allah
Tiada siapa yang mengetahui masalahmu dengan lebih mendalam melainkan Allah
Tiada siapa yang mampu memberi ketenangan yang abadi melainkan Allah
Maka ,mohonlah pertolongan kepada Allah ...bersandarlah kepadaNya pada setiap apa yang kamu lakukan kerana ia akan mendatangkan hasil yang mampu memberikan ketenangan yang memuaskan....apabila seseorang hamba itu tidak meletakkan hatinya kepada Allah ,maka hidup nya sentiasa berada dalam keadaan tidak tenang dan gelisah...
wahai mujahid..mujahidah sekalian .. letakkanlah pergantungan yang tinggi kepadaNYA..kerana Dialah yang paling mengenali dirimu dengan lebih mendalam ..kenapa perlu meminta pertolongan manusia untuk menyelesaikan masalah kamu sedangkan ALLAH sentiasa ada disamping kita tanpa mengira waktu...
Ingatlah bahawa ALLAH itu sebaik-baik perancang..
Ada satu ayat yang ana ingin kongsikan kepada anda semua:
Apabila bersedih berbaliklah kepada ALLAH
Apabila rasa gembira berbaliklah kepada ALLAH
Apabila rasa keliru berbaliklah kepada ALLAH
Kenapa saya kata berbalik kepada ALLAH kerana hati kita ini milik ALLAH ...hanya ALLAH yang tahu apa yang tersirat dan tersurat didalam hati kita..maka berharap lah kepada ALLAH sepanjang waktu..
wallahualam....