Pengikut

Ahad, 24 September 2017

kisah remaja

~ Kisah Gadis 20 Tahun Menyesal Berkahwin Dengan Ustaz ~
Seorang gadis umur 20 tahun hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan dia mahukan seorang suami yang 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa je yang ingin menikahinya dengan syarat²:
1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.
Tak ada seorang pun laki sanggup nak terima ketiga³ syarat tu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya.
Maka bernikah si gadis itu dengan lelaki tersebut.
Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan suami dia tu.
"Eh, tak puasa pulak laki aku hari macamane nak puasa setahun?"
"Err aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"
Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap suami tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan 'Ditipu Oleh Suaminya'
"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat² yang saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si isteri pada Hakim Mahkamah
Hakim pun tanya kepada jejaka tu, "kamu ingat apa syarat² nikah yang isteri kamu letakkan?"
"Ingat, yang arif
.. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari..", jawab jejaka muda dengan nada lembut.
Hakim Mahkamah bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"
Si suami tu selamba jawab, "Buat!"
Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"
Si Suami itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"
Hakim tidak puas hati, "Baik. Hari ni kamu puasa tak?"
"Tak" jawab Si Suami lalu Hakim terus potong ayat, "Hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"
Pemuda itu selamba menjawab,
"Nabi Muhammad {s.a.w} Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka ganjaran seolah sama juga dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya berpuasa sepanjang tahun."
Hakim Mahkamah tu tersentak. "Habis tu macam mana kamu khatam Al Quran setiap hari Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa."
Si Suami itu terus menjawab, "Saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.
Rasulullah Nabi Muhammad {s.a.w} bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah² sama juga dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kepada Hakim Mahkamah.
Hakim itu makin tergamam kemudian menyoal, "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"
Si Suami itu sekali lagi senyum, "Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Nabi Muhammad {s.a.w} Rasulullah bersabda, Sesiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah² dia telah beribadah sepanjang malam", dia terus menyambung, "Islam itu indah dan mudah hanya untuk penganut yang menggunakan akal ikhlas mencari redha Allah!..
Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan seseorang itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.
Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai²lah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia²!" Si Suami yang dituduh menipu oleh isterinya itu meluahkan buah fikiran berhujah berdasarkan fakta Islam yang sahih.
Hakim terangguk² lalu memerintahkan si isteri bangun lalu bersuara, "Awak sebenarnya beruntung sangat. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan dan tertuduh dilepaskan kerana didapati tidak bersalah kepada semua tuduhan. Perbicaraan selesai!"
Si suami tersenyum puas
.. Sekian Al Kisah Rekreasi moga boleh dijadikan tauladan.
*3 amalan itu bukan hanya dikhususkan kepada lelaki, perempuan juga boleh mendapatkan ganjaran besar hanya perlu ikhlas beramal hanya kerana Allah!
Peringatan bersama semoga Allah ta'ala memberikan jalan dan kekuatan untuk kita beribadat yang barakat dan berkualiti kepada Allah Rabbal'alamiin wa la haulawala quwwata ilabillah.
EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?“
Rasulullah tersenyum dan bersabda :-
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al Ikhlas tiga kali
Seakan² engkau telah mengkhatamkan Al Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan² engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya In Shaa Allah. ..

Jumaat, 22 September 2017

ayah

Seorang ayah menanti anak gadis kesayangnya dgn penuh kerisauan... Di ruang tamu. Seketika, kelihatan kereta masuk ke porch. Baru balik. Entah dari mana.
"Kamu, duduk dulu. Ayah nak cakap sikit."
Anak gadisnya duduk malas-malas.
"Kamu dari mana?"
Anaknya menjawab malas. Tahu ayahnya nak membebel.
"Keluar. Dengan kawan."
Ayahnya bertanya lagi.
"Kawan lelaki atau perempuan? Jujur."
Ah. Habis.
"Lelaki."
Ayahnya mendengus. Mungkin sesal. Mungkin kecewa.
"Ayah tak izinkan lagi kamu keluar malam. Tak kira, dengan kawan lelaki atau perempuan. Ini bukan kali pertama ayah perhatikan. Sudah banyak kali."
Anak gadisnya membentak.
"Tapi, bukan buat apa-apa pun. Takkan nak keluar makan-makan, pergi shopping, tengok wayang pun tak boleh?"
Ayahnya cuba bertenang.
"Boleh. Tapi bukan dengan kawan lelaki. Tapi dengan suami yang sah kamu nikahi.
Bagaimana kamu boleh kata tak buat apa-apa, sedangkan pakaian kamu mengatakan ada apa-apa? Lihatlah pada baju sendat yang kamu pakai, legging yang kamu pakai. Walaupun kamu bertudung, adakah itu tidak menjadikan mata lelaki itu tak terjejas apa-apa? Adakah kemaluan lelaki itu tidak respon apa-apa? Adakah nafsu lelaki itu tidak berkecamuk jadinya?"
Anak gadisnya menggelengkan kepala.
"Ayah, sumpah tak buat apa-apa. Dia lelaki baik. Dah lama kenal hati budi."
Ayahnya mencantas kata.
"Lelaki yang baik tak akan bawa keluar anak dara orang malam-malam. Cuba kamu fikir dengan logik akal. Sekiranya dia berani bawa kamu keluar malam begini, apa alasannya mustahil dia tak berani bawa keluar gadis lain di lain masa?
Lelaki yang tidak menjaga diri atau maruahnya akan menyebabkan perempuan yang bersamanya tak terjaga sama.
Kamu berpakaian untuk dia. Supaya dia suka lihat. Supaya dia rasa bangga dapat keluar dengan kamu. Dan ya, dia selamba memuji kecantikanmu. Kamu mempamer, dia sambut dengan pujian. Macam mana lelaki yang baik akan memuji apabila melihat seorang wanita tidak berpakaian menutup aurat dengan sempurna?
Adakah ayah mengajarkan kamu pakai begini dulu?
Mengapa bila kamu meningkat dewasa, masuk universiti akhirnya fesyen pemakaian berubah?
Degree menjadikan kamu lebih pintar atau menjadikan kamu lebih mungkar? Bukan salah pada degree, tapi salah pada iman sendiri."
Anak gadis merah muka. Diam. Nak menjawab. Tapi kelu.
"Adakah sebab ayah dah tua, ayah tidak berdaya, ayah tidak berkuasa, maka pudarlah rasa kamu untuk jadi anak yang beragama? Hormat luntur ikut usia..
Anak ayah yang ayah sayangi..."
Nada suara ayah ada getar sendu.
"Kamu kena ingat. Syurga itu tak sepenuhnya bergantung kepada reda suamimu.
25 tahun misalnya kamu hidup dengan ayah dan ibu, kalau kami tak reda 25 tahun itu, kamu juga susah untuk dijemput ke Syurga.
Meski suami reda, tapi kami tak reda, kamu masih di antara Syurga dan Neraka. Sekiranya kamu buat air mata suami menitis kegembiraan kerana baiknya layanan kamu kepadanya, patuhnya kamu, solehahnya kamu untuknya..
..tapi kamu buat air mata ayah ibu jatuh tanpa kamu rasa sesal sedikit pun..kamu masih tidak layak untuk Syurga.
Buat kami reda. Buat suami reda. Syurgalah bagi kamu."
Anak gadisnya itu menitiskan air mata. Rasa sebak di dada.
"Lelaki itu bukan untukmu. Ayah tidak akan membiarkan anak yang ayah dukung di bahu ayah ketika kecil, tangis tawa, susah senang hinggalah kamu mampu berdiri sendiri, disakiti oleh lelaki yang kurang imannya."
Si gadis bersuara perlahan.
"Tapi, dia selalu ada masa saya memerlukan..."
Ayahnya mencelah,
"Tidak. Selama ini kamu lemah, siapakah yang menguatkan? Ayah ibu. Pada siapa ayah ibu panjatkan doa supaya kamu kuat? Pada Allah.
Allah yang menguatkan dirimu di kala kamu memerlukan, di saat kamu jatuh, di setiap detik kamu layu lemah.
Demi Allah, kamu tidak kuat. Kerana Allah, kamu harus kuat.
Bukan kerana lelaki yang baru muncul setahun dua."
Air mata anak gadis itu berjuraian jatuh dari pipinya.
"Anakku...ayahmu ini lelaki. Lelaki kenal wajah sebenar lelaki.
Lepaskannya pergi, bangkit kembali. Kuat kembali.
Allah sentiasa di sisi."
Anak gadisnya itu terus memeluk orang tuanyaitu. Sungguh segalanya benar. Sejak mengenali pemuda itu, yang ada hanya kata sayang dan pujian. Hanya kata-kata khayalan dan angan-angan. Tidak menjadikannya lebih baik. Cuma menjadikannya lebih berfantasi dan nak happy.
Sedangkan Syurga berlantaikan iman.
Hatinya berbisik, "Subhanallah.. aku banyak dosa ya Allah.."
"Demi Allah Aku Tidak Kuat, Kerana Allah Aku Harus Kuat.. ampun kan aku Ya Allah"

Khamis, 14 September 2017

AISYAH HUMAIRA


Image result for aisyah humaira
Aisya Humaira

Namanya menjadi sebutan, peribadinya menjadi ikutan. Kecerdasannya tiada gandingan, kecantikannya sentiasa menjadi bayangan. 

Beliau seorang yang lincah, kebijaksanaannya tidak dapat disangkal. berjuang dalam pertualangan menegakkan aqidah, di sisi peribadi terunggul ummah, Rasulullah s.a.w.

Saiditina Siti Aisyah merupakan isteri kepada pemimpin ummah terungul, iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan 
 beliau juga merupakan anak kepada sahabat baik Nabi iaitu Abu Bakar as-sSiddiq r.a. sifatnya sudah cukup menunjukkan bahawa saiditina aisyah seorang yang sangat hebat. Aisyah mendapat gelaran Humaira kerana kulitnya yang putih kemerah-merahan. Sedari kecil, beliau merupakan anak gadis yang sangat cerdas. keletahnya menghiburkan, bicaranya menyenangkan. 

Saiditina Aisyah juga digelar Umul Mukminin, Ibu kepada kaum muslimin. disebabkan kecerdasannya itu, beliau senantiasa menjadi tempat rujukan bagi orang Islam satu masa dahulu dari kalangan kaum wanita dan juga kaum lelaki.

Sehebat namanya, beliau pernah diuji dengan fitnah yang disebar oleh kaum munafiq. Namun begitu, atas kerana tunjang aqidahnya yang kuat, Aisyah mampu bersabar menerima tohmahan tohmahan dan spekulasi liar orang ramai sehinggalah diturunkan firman Allah, membersihkan nama beliau. Dan dari peristiwa ini, jelas teranglah siapa dalam kalangan umat Islam yang bersifat munafik.

Dalam melusuri kisah hidup Saiditina Aisyah ini, tidak dapat tidak, beliau pasti menjadi idola dalam kehidupan seorang wanita muslimah. Dalam pada itu, sebagai seorang muslimah yang begitu berkobar-kobar semangat juangnya dalam meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya, kita seharusnnya perlu harus punya rasa dan punya keinginan dalam menuntut ilmu.

Memang hebat memang bangga saat kita dilihat sebagai satu ikon dalam memperjuang ummah, tapi malu tapi sayu,saat ditanya tentang ilmu paling asas dalam kehidupan Muslim, lidah kita bungkam, peluh habis kerumuni tubuh, kerana apa? kerana saat itu kita tak punya jawapan, kerana kita tidak tahu. Malu. 
Apa guna cuma mampu melaung kata juang, sedang ilmu didada tiada pernah bertambah. Sedang ilmu dan semangat juang Saiditina Aisyah itu bergerak seiring, sama kemas, sama lengkap, sama padu sama utuh.

Dalam pada kita menjadikan beliau sebagai contoh, jangan dilupa, dalam memperjuang agama, ujian pasti turut serta. maka contohilah Aisyah. latahnya tiada,gagahnya sempurna, menjadi bukti betapa dia tahu Allah itu ada, menemani, dan menjaga hamba yang sentiasa mengharapkanNya.

Aisyah Humaira,
Srikandi terbilang, Muslimah gemilang,
hilangnya tiada ganti,
perginya tak kembali,
tiadanya bukan untuk ditangisi,
tapi untuk dicontohi,
sang ketua bidadari,
yang sedang berjuang di sini, saat ini.

Selamat menjadi aisyah humaira, semoga jumpa di syurga sana.

wallahualam ...