Pengikut

Rabu, 29 November 2017

Kasih sayang sebuah persahabatan

Suatu hari Umar Bin Khattab Alfaruq mengadu kepada Rasulullah SAW akan sahabatnya Abu Bakar As-Shiddiq yang mengganggu pikirannya.
Umar berkata:
_"Wahai Rasulullah, izinkan aku mengungkapkan keresahan hatiku akan apa yang telah Abu Bakar lakukan terhadap diriku."_
Dengan lembut Rasulullah menjawab:
_"Damaikan hatimu sahabatku, lalu teruskan maksud hatimu"._
Setelah tenang, Umar kembali berkata:
_"Suatu waktu, Abu Bakar bertemu dengan ku, akan tetapi dia tidak langsung memberi salam kepadaku, dia menunggu aku yg terlebih dahulu mengucapkan salam kepadanya. Aku tidak tahu apa salahku padanya."_
Rasulullah SAW *tidak ingin masalah ini mengganggu persahabatan diantara kedua sahabat yang sangat dicintainya ini.*
Maka Rasulullah pun _meminta Abu Bakar dihadapkan bersama agar dapat menjelaskan perihal yang sebenarnya._
Dan ketika Abu bakar hadir ditempat, maka Rasulullah pun bertanya kepada dirinya akan prasangka kerenggangannya dengan Umar.
Maka Abu bakar pun menjawab dengan _jawaban santun penuh kasih sayang yang membuat tangis seisi ruangan._
Katanya:
*"Wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Engkau bersabda:*
*"Bahwasanya orang yg lebih dahulu mengucapkan salam kepada saudaranya, maka Allah akan membangunkan untuknya satu istana di dalam syurga".*
_"Maka aku ingin istana tersebut *menjadi miliknya Umar Bin Khattab* sahabatku tercinta"_
Maka Umar pun menangis mendengar jawabannya dan memeluk erat sahabat mulianya itu.
_Yaa Allah berikanlah kepada kami sahabat seperti mereka wahai dzat yang maha mulia._ Aamiin
*Al-Hasan al-Bashri:*
_"Perbanyaklah Sahabat-sahabat mu’minmu, karena mereka memiliki Syafa’at pada hari kiamat nanti."_
*Abul Hasan as-Sadzili:*
_"Jika ada musuh yang bisa mendekatkan kamu kepada Allah, maka hal itu lebih baik dari pada teman akrab yang menjauhkan kamu dari Allah."_
*Catatan ini* _kupersembahkan utk sahabat-sahabatku yang tak pernah lelah menebarkan kebaikan dan kedamaian walau dihantam kerasnya ombak cemoohan disana-sini._
Semoga kita bisa menjadi sahabat yang *Saling Asih, Saling Asah dan Saling Asuh,* yang nanti saling  berjumpa di jannatun-naim.
Semoga menjadi lebih baik dan bermanfaat.
*Robbana Taqobbal Minna*
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami),
آمين يارب العالمين
Senafas Ke Barzakh : http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/

Isnin, 20 November 2017

Keajaiban islam

Seorang Ustaz ke Barber Shop untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan 1 soalan kpd si Ustaz.

BARBER: Saya nak tanya 1 soalan.
USTAZ: Ya, silakan.
BARBER: Benarkah Tuhan itu wujud?
USTAZ: Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni.
BARBER: Kalau betul Tuhan itu wujud, knp ketika manusia dlm kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dlm kesusahan di dunia ini.
USTAZ: "Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala".
BARBER: Knp Ustaz diam??
USTAZ: Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai.

Si tukang gunting ni pun dgn segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap.

BARBER: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?
USTAZ: Berapa harga?
Barber: RM10 sahaja. (masih menunggu jwpn)
USTAZ: "Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata".

Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yg agak pelik. Tiba² Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dgn membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis jalanan (gambar).

USTAZ: Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dlm dunia ni??
BARBER: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.
USTAZ: Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yg rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus.
BARBER: Dia yg tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.
USTAZ: Jadi, itulah jawapan saya utk soalan kamu tadi.
BARBER: "Terdiam seketika".
USTAZ: Manusia yg tidak mencari Tuhan, sombong dgn Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dgn kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti yg rambut yg dijaga.
BARBER: "Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dlm keadaan menitis air mata".

Moral of the story, hidup kita semua bergantung pertolongan dari Allah. Jgn sesekali kamu anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan Allah. Sebenarnya Allah tidak memerlukan manusia. Tetapi manusia yang memerlukan Allah.