Pengikut

Sabtu, 12 Ogos 2017

kematian

                       




EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK  MANA PUN DENGAN TUGAS HARIAN.
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )
Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya inshaallah
jangan pernah jemu untuk menasihati orang lain...
wallahualam...


sahabatku



Seorang kawan atau sahabat merupakan orang yang sangat penting dalam mengharungi ujian  kehidupan di dunia ini.keadaan sekeliling yang kadang-kadang menyakitkan hati dan ujian yang kian hadir dalam kehidupan akan terasa lebih ringan diharungi dengan hadirnya seorang sahabat. 

Sahabat yang baik adalah orang yang sangat kita percayai dan membuat kita tenang bersamanya. Dia menjadi tempat berbagi kelelahan, berbagi kesedihan dan tidak pernah menjual rahsia diri kita. Seorang sahabat yang selalu setia membantu, menasihati,menceriakan hari-hari yang mendatang dan mampu mengajak kita kearah kebaikan...sehingga kita mampu menjadi seorang yang matang..

maka hargailah sahabat yang hadir dalam kehidupan kita....bukan semua manusia di dunia ini..ada sahabat..hanya orang trtentu sahaja yang mempunyai sahabat...sahabat ini sukar dicari dan ditemui..bukan semua orang faham diri kita..hanya orang yang trtentu sahaja yang faham dan mampu menerima segala kelebihan dan kekurangan diri kita.. lagi satu biarkan kita bersahabat kerana lillahitaala..apabila kita bersahabat kerana ALLAH..insyaallah , persahabatan akan kekal hingga ke syurga..

wallahualam...