Pengikut

Rabu, 17 Oktober 2018

KISAH TELEKUNG BUSUK

Saya malu nak buka cerita ini. Namun, saya rasa penting juga jika sahabat semua tahu kesah yang menyedihkan ini.

Begini. Satu hari saya pergi party harijadi seorang kawan universiti. Itu adalah kali pertama saya ke rumah beliau. Masuk sahaja ke pagar rumah, di kiri kami ada laman hijau kecil dengan rumput karpet, kolam ikan, dan pasu-pasu bunga yang cantik. Mata ini terpegun. Owhhh sahabat ku sudah berjaya, beliau mampu hidup mewah sebegini. Alhamdulillah.

Melangkah masuk ke dalam rumah, ruang tamunya besar sekali (saya ketika itu masih tinggal rumah flat kecil 850 kaki persegi). Dalam hati, "Ya Allah. Ruang tamu ini sudah sebesar rumah flat kami." Ketika itu agak sedih juga kerana saya masih struggle dengan kerjaya. Masih duduk flat. :'(

Party Harijadi itu amat meriah sekali. Mewah dengan makanan, kek, kuih muih dan hadiah goodies bag. Anak-anak saya teruja. Ini adalah kali pertama kami merasai suasana meriah penuh kemewahan.

Sebelum pulang, saya meminta izin sahabat untuk tumpang solat asar. Beliau tunjukkan ruang solat, bilik air dan kemudian beri saya sepasang telekung dan sejadah.

Keluar sahaja dari bilik air, saya terus buka lipatan sejadah dan telekung. AllahuAkbar!

Sejadahnya sudah nipis dan lusuh sekali. Rambu ramba di hujung sejadah banyak yang dah terburai.

AIR MATA saya hampir menitik ketika saya hendak menyarung telekung. Telekungnya berkepam, sudah berbau masam. Kainnya sudah nipis sudah berwarna kekuningan. Telekung fesyen lama-lama dari kain cotton plain. BUSUK dan sungguh LUSUH sekali. Tali pengikat telekung di kepala hanya tinggal satu sahaja. Dagu telekung sudah bertahi lalat. AllahuAkbar!

Hiba sungguh hati ini. Keadaan sejadah dan telekung tidak SETIMPAL dengan kemewahan yang ada pada sahabat saya ini.

Hati ini terdetik.

Ya Tuhan.
Ketika kau kurniakan kemewahan dunia kepada sahabat ku ini, sejadah dan pakaian solatnya masih busuk buruk lagi doif. Di manakah letaknya IBADAH SOLAT di dalam list penting sahabat ku ini? Tidak malukah menghadap Tuhan Pencipta di dalam keadaan doif sebegitu?

Inilah realiti kehidupan kita di bumi Malaysia !!!
Kita mewah dunia. Miskin akhirat.
.
.
ALHAMDULILLAH.
Walaupun ketika itu rumah saya flat. Namun kami pastikan telekung kami sentiasa dalam keadaan tip-top. Setiap orang pasti ada 2-3 pasang telekung. Ada satu masa, hari raya, kami mampu hadiahkan semua mak sedara dan cousin perempuan sepasang telekung baru.

Ketika saya menulis ini, Allah telah kurniakan kami sedikit kemewahan. Kami kini tinggal di rumah kondo. Maka, kami juga telah upgradekan telekung kami. Sekarang kami sudah mampu beli telekung yang berharga RM200-300.  Alhamdulillah. Syukur.

Mungin sahabat semua boleh fikirkan sejenak...

Kita mampu membeli jubah raya RM200 sepasang, dan kita beli sampai 2-3 pasang, kasut designer RM200, jam tangan import RM300. Kita mampu beli henfon berharga RM2000. Renovate rumah puluh ribu. Namun. Namun, telekung solat kita ada yang sudah 5 tahun tidak berganti. AllahuAkbar.

Mulai sekarang, kita switch style kehidupan kita. Boleh?

Apa kata...
Jika kita mampu belli 3 jubah yang dipakai hanya sesekali sahaja sebulan. Apa salahnya kita mempunyai 3 pasang telekung untuk digunakan setiap hari. Setiap 2 minggu, tukar telekung baru. Mudah kan?

"Sesungguhnya, ketika bersolat, yang kau temu ialah RAJA bagi segala raja-raja di dunia. Cantikkanlah pakaian solat mu ketika bertemu NYA, Pemilik Khazanah dunia dan akhirat."

PS: #SHARE cerita ini untuk kita sama-sama mengingat sesama umat. Semuga ibadah solat kita semakin hari semakin baik dan bermutu. AAMMIN.

#KesahTelekungBusuk

Cerita ini di tulis oleh seorang penulis iaitu Puan June Mohd Som. Terima kasih kepada beliau, semoga cerita ini menjadi ikhtibar buat kita semua.... In sya ALLAH...

Selasa, 25 September 2018

DUNIA SEMENTARA AKHIRAT SELAMANYA

Ada seekor katak yang nampak pemancing sedang memancing ikan.. Jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan..

Katak itu tegur ikan yang sedang memakan umpan yang dihulurkan oleh pemancing itu. Katak itu beritahu ikan..

"Jangan makan cacing ni, sebenarnya ini perangkap, kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah, kulit kau akan dibakar atas api. Mereka akan makan kau... (sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat ).

Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila sahaja ikan itu makan umpan, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas, ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak itu adalah benar.

Dia yakin yang dia akan di bakar, kulitnya akan disiat, perutnya akan dibelah. Ikan itu sangat menyesal. Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.

Ulama' beritahu..

Keadaan sama pada kita manusia, bila ada orang beritahu kepada kita keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, azab neraka, titian sirat, kita ambil tak endah saja.

Bila sudah mati, hijab akhirat akan dibuka. Kita nampak manusia yang dibakar atas api. Orang yang akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran.

Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yang berlaku di atas darat.

Saudaraku yang disayangi ALLAH..

Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini. Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita dengan perkara yang sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam.

Semoga ALLAH beri kita kefahaman...

In sha ALLAH, Amin... 🌷

Isnin, 2 April 2018

Maryam teladan bg muslimah

Maryam adalah wanita terbaik sepanjang masa. Wanita terbaik dalam kurun sejarah wanita, dari Hawa hingga kelak yang terakhir, entah siapa.

Banyak kaum hawa mencari idola dan suri teladan. Namun mereka tidak tahu siapa kiranya yang harus diteladani.

Yang lain, ada yang punya idola, tapi terkadang hanya latah dan salah langkah. Apakah wanita muslimah tahu tentang Maryam?

Tahukah wanita muslimah bahawa Allah telah memujinya sebagai wanita dalam peradaban manusia?

Allah ﷻ berifman,

“Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata:

“Hai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu).” (QS. Ali Imran: 42)

Dialah pemuka kaum wanita di syurga.

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

“Pemuka wanita ahli syurga ada empat: Maryam binti Imran, Fatimah binti Rasulullah ﷺ, Khadijah binti Khuwailid, dan Asiyah.” (HR. Hakim 4853)

Maryam, ayahnya adalah Imran, laki-laki soleh dari Bani Israil. Ibunya adalah wanita solehah yang telah menyerahkan puterinya yang masih dalam kandungan untuk berkhidmat kepada Allah.

(Ingatlah), ketika isteri ´Imran berkata:

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Kerana itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (QS. Ali Imran: 35)

Dan puteranya adalah seorang rasul dari kalangan ulul azmi, Isa bin Maryam.

@quotephotovideo 🌀🌀🌀

Rabu, 14 Februari 2018

IBU

KISAH SEKEPING ROTI
"Mama adik lapar ni."
Ibu tersenyum, walaupun sudah beberapa kali mendengar keluhan anaknya, dia tidak mampu, aku ibu kejam. Kata hatinya.
Dia pergi ke dapur untuk mengambil cebisan-cebisan roti, yang disimpan semenjak tragedi 5 hari lalu itu. Bahagian yang tidak boleh dimakan, dikupas ketepi. Terpaksa disimpan sedikit sedikit. Kerana sebentar lagi anaknya akan minta lagi. Inilah cara supaya anaknya tidak gelisah tiada makanan.
"Nah dik."
Adik membahagi roti untuk ibunya. Ibunya masih tersenyum. Dari atas hingga ke bawah, ibunya gembira anaknya masih mampu bertahan. Kuat hatimu, seperti hati ayahmu.
Ayah hilang setelah cuba untuk membantu beberapa orang yang lemas. Seorang demi seorang memanggil, lengan ayah semakin lenguh menarik orang, tetapi ayah tetap bersemangat. Ibu risau. Ibu risau jika ayah terlampau lenguh, ayah sendiri tidak mampu berenang selamatkan diri. Sehingga kini ayah belum pulang.
"Adik..."
"Ye ibu?"
"Ibu nak tidur kejap ye. Adik jangan pergi mana-mana sampai orang datang. Ada makanan kat dapur ibu letak atas pinggan untuk adik. Tunggu orang datang ye jangan keluar."
Adik memeluk ibu. Ibu semakin melelapkan mata. Tidur.
Beberapa hari kemudian, bot penyelamat hadir untuk selamatkan mangsa banjir. Sayang, rumah ibu jauh dan sukar untuk sampai. Ibu tidak salahkan mereka. Ibu tidak salahkan ayah. Ibu redha, kerana Ibu tahu Allah tidak mensia-siakan orang beriman.
"Adik, sini adik. Kami nak selamatkan adik. Siapa ada rumah?"
"Ibu, dia tengah tidur."
Mereka turun daripada bot untuk melihat ibunya. Kesemua mereka melelehkan air mata lelaki mereka.
"Ini wanita beriman. Ayuh angkat jenazah, kebumikan di tempat selamat."
Adik cuma melihat orang ramai mengangkat ibu yang memeluk kitab Quran.
"Adik kenapa makan roti tu dik. Dah lama, tak elok. Nah roti baru."
Adik cuma tersenyum.
"Tak, roti ni Allah berkatkan dengan air tangan ibu saya. Tidak pernah basi, dan saya hidup hingga ke harini kerana roti ni yang Allah berkatkan."
Menitis lagi air mata mereka. Anak kecil yang sungguh tabah. Moga kaulah pemimpin kami, pemimpin yang menegakkan agama kami kelak.
"Beri abang sikit roti tu dik. Abang pun mahu rasa keberkatan kasih seorang ibu." katanya sambil menangis tersenyum.
Hiduplah dengan berkat. Bukan dengan kekayaan semata. Kerana roti secebis yang berkat, lebih elok daripada segunung nasi tidak berkat.
Wallahu alam.

Selasa, 13 Februari 2018

Kucing yg setia

Malam itu hujan gerimis turun. Angin pun bertiup sungguh sangat dingin. Tapi kedua suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil itu berkeinginan betul hendak keluar juga.

Kerana ibu si suami itu dalam keadaan sakit tenat, mungkin hanya tinggal menunggu waktu saja. Hanya yang sangat merisaukan hati mereka, bagaimana dengan anaknya Harun, anak mereka yang baru saja berumur empat bulan.

Kalau diajak pergi takut masuk angin dan dapat menyebabkan sakit.

“Bagaimana Aminah, kita bawa saja Harun?” Tanya si suami.

“Jangan bang, angin kencang,” cegah isterinya.

“Habis siapa yang akan menjaganya di rumah? Apakah mungkin akan kita tinggalkan dia sendirian? Aku tak sanggup, sebab rumah kita ini terlalu dekat dengan tanah perkuburan,” kata si suami.

“Ah, abang, janganlah berfikir yang bukan-bukan,” kata isterinya yang cantik dan manis itu. “kan ada Hurairah (kucing) di rumah. Dia saja kita suruh menjaga Harun.” Kata si isteri.

“Betul juga, mengapa aku tidak ingat pada si Hurairah.” Balas suaminya dengan gembira.

“Meong….” teriaknya kemudian. Maka terdengarlah suara Hurairah membalas suara tuannya itu. Lalu dengan langkah-langkah kecil dia mendekati tuannya.

“Wahai Hurairah, malam ini engkau tidak usah menjaga padi dari dimakan oleh tikus-tikus, kami berdua mahu pergi, oleh kerana itu jagalah si Harun,” kata si suami.

Kucing yang cantik itu mengeong sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Kalau boleh berkata dia akan menjawab: “Jangan bimbang tuan, saya akan menunggu dan menjaga si Harun supaya ia tertidur dengan nyenyak. Tidak akan saya izinkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuhnya.”

Setelah berpesan begitu, maka pasangan suami dan isteri itu pun berangkat dengan perasaan lega. Mereka tahu bahawa Hurairah akan melakukan pekerjaannya dengan baik, sebab dia adalah seekor kucing yang sangat setia dengan majikannya.

Setelah melihat majikannya sudah pergi, maka Hurairah dengan cepat dan diam-diam melompat ke atas tempat tidur. Ia duduk di sebelah si Harun yang tengah mendengkur dengan nyenyaknya.

Ekornya dikibas-kibaskannya agar tidak seekor nyamuk pun yang berani mengganggunya. Matanya dengan tajam mengawasi sekelilingnya, sementara kedua kaki depannya siap mencakarkan kukunya kepada siapa saja yang berniat untuk mengusik ketenangan majikan kecilnya.

Menjelang pukul sepuluh malam, tiba-tiba kucing itu mendengar bunyi mendesis dari bawah tempat tidur. Dengan secepat mungkin Hurairah memasang kuda-kuda serta siap untuk menghadapi segala kemungkinan.

Matanya tiba-tiba terbeliak terkejut dan marah, ketika melihat sebuah mulut yang ternganga dengan taring dan lidah yang menjulur panjang. Rupanya dia adalah seekor ular besar yang sudah siap untuk menelan Harun yang masih kecil itu.

Dengan cepat Hurairah melompat, giginya langsung masuk menghunjam ke leher ular tersebut, dan cakarnya menyerang dengan buas. Ular itu murka kerana niatnya dihalang-halangi oleh makhluk lain. Matanya merah seperti besi terbakar.

Dia membalas menyerang dengan hebat. Badan Hurairah dibelit dengan kuat, sambil mulutnya mematuk-matuk muka Hurairah.

Hurairah hampir kehabisan tenaga, kerana dibelit oleh ular besar itu, manakala mukanya pun telah berlumuran darah. Namun dia tidak mahu binasa sebelum dapat membunuh ular tersebut.

Dengan segala kemampuan dan kesakitannya, ia berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak tersayang kedua majikannya itu. Akhirnya ia berhasil melepaskan diri, lalu dengan cepat menerkam leher ular itu.

Digigitnya batang leher makhluk jahat tersebut sekuat tenaga sehingga akhirnya matilah musuhnya itu.

Begitu dilihatnya binatang pengganggu itu sudah tergolek kaku, barulah Hurairah dengan sisa-sisa tenaganya naik lagi ke atas tempat tidur si Harun dan duduk semula di samping si Harun.

Anak kecil itu masih tertidur dengan nyenyak. Hurairah menjilat-jilat lukanya, sementara rasa pedih dan letih terasa sekujur badannya. Mulutnya masih penuh dengan darah ular tadi, sedangkan pada mukanya terdapat luka-luka yang menganga.

Belum pulih lagi tenaganya, akan tetapi secara tiba-tiba dia mendengar suara majikannya di halaman rumah. Dengan gerakan yang lemah dan lunglai, Hurairah turun dari tempat tidur.

Perlahan-lahan ia berjalan menuju ke pintu, menyambut kedatangan kedua majikannya yang sangat dicintainya itu. Dilihatnya ibu Harun berjalan menunduk sambil terisak-isak. Bapanya pula terlihat sangat sedih. Hurairah pun ikut berdukacita memperhatikannya.

Mereka berbimbingan tangan memasuki halaman rumah. Ketika mereka tiba di depan pintu, Hurairah berbunyi lembut: “Ngeong…., ngeong…., sambil terhuyung-huyung mendekati majikannya.

Tiba-tiba saja ibu Harun menjerit, “Bang….! Harun bang….!”

Suaminya terperanjat tapi tidak mengerti, “Mengapa Harun Aminah?” Tanya suaminya.

“Lihatlah si Hurairah, mulutnya berlumuran darah. Pasti anak kita telah diterkam dan dibunuhnya. Oh, Harun…. anak kita, bang. Bunuh Hurairah, bang! Ia telah memakan anak kita!” Kata si isteri.

Si suami baru tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya. “Betul! Mulut Hurairah penuh dengan darah segar, pasti Harun telah diterkamnya.”

Tanpa berfikir panjang, si suami lalu mengambil besi. Dengan penuh kemurkaan lalu dipukulnya benda keras itu ke tubuh si Hurairah. Kucing itu menjerit; “ngeong….”

Lelaki itu bertambah marahnya lagi, lalu diambilnya pula sebuah batu, ditimpakannya ke kepala Hurairah.

Maka bercucuranlah darah dari kepala binatang yang tidak berdosa itu. Badannya terkejang-kejang. Dari matanya mengeluarkan air mata yang jernih satu-satu. Setelah mengeong untuk terakhir kalinya, kucing yang cantik itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Melihat korbannya sudah mati, maka pasangan suami isteri itu terburu-buru masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya mereka ketika melihat suasana bilik itu.

Yang nampak pertama kali di depan pintu adalah bangkai seekor ular besar yang hampir putus lehernya. Maka dengan hati berdebar-debar mereka berlari ke tempat tidur. Ternyata anaknya Harun masih tetap dalam keadaan tertidur nyenyak.

Barulah mereka dapat meneka apa yang telah terjadi selama mereka tidak berada di rumah tadi. Bukan Hurairah yang bersalah, ternyata kucing itu telah berjuang mati-matian untuk menyelamatkan anak mereka.

Seketika itu juga pucatlah wajah mereka. Mereka menyesal berkepanjangan.

Ternyata Hurairah adalah kucing yang tetap setia. Dia tidak mempedulikan keselamatan dirinya asalkan tugas yang dipercayakan kepadanya ditunaikannya. Kalau perlu dirinya sendiri menjadi korban untuk menyelamatkan nyawa majikan kecilnya.

Namun balasan yang diterimanya bukan belaian kasih sayang dan terima kasih, akan tetapi nyawanya dihabiskan dengan penuh kekejaman. Akibat buruk sangka

Suami isteri itu menangis tersedu-sedu menyesali kesalahannya, ia bertaubat kepada Allah SWT serta berjanji untuk tidak lagi berbuat semena-mena terhadap binatang yang tidak berdosa, tanpa periksa terlebih dahulu.

Bangkai Hurairah diangkat dan diciumnya, tapi yang sudah pergi tidak akan kembali, dan penyesalan mereka juga sudah tidak bererti, kerana yang sudah mati itu tidak akan hidup lagi.

Cuma sebagai pedoman atau pengajaran buat masa yang akan datang.

@cerita_seram

Rabu, 17 Januari 2018

Fokus

Ada seorang anak yg setiap hari rajin ke masjid, lalu suatu hari dia berkata kepada ayahnya, "Yah mulai hari ini saya tidak mau ke masjid lagi"

"Kenapa?", sahut ayahnya, "kerana di masjid saya tengok orang2 yg nampak agamawan tapi sebenarnya tidak, ada yg sibuk dgn gadgetnya, sementara yang lain dok cerita keburukan orang lain".

Ayahnya pun berpikir sejenak dan berkata, "baiklah kalau begitu, tapi ada satu syarat yang harus kamu lakukan setelah itu terserah kamu"

"Apa itu?" ,
"ambillah air satu gelas penuh, lalu bawa keliling masjid, ingat jangan sampai ada air yang tumpah"

Si anak pun membawa segelas air keliling masjid dengan hati2, hingga tak ada setitis air pun yang tumpah.

Sesampai di rumah ayahnya bertanya, "Bagaimana sudah kau bawa air itu keliling masjid?", "Sudah".

"Ada yg tumpah?", "Tidak".

"Ada di masjid tadi orang yang sibuk dengan gadgetnya?".

"Saya tidak tahu kerana pandangan saya hanya tertumpu pada gelas ini", jawab si anak.

"Ada di masjid tadi orang2 yang menceritakan keburukkan orang lain?" tanya ayahnya lagi, " Saya tidak dengar kerana saya hanya tertumpu untuk menjaga air dalam gelas ini".

Ayahnya pun tersenyum lalu berkata, "Begitulah kehidupan anakku, jika kamu fokus pada tujuan hidupmu, kamu tidak akan punya waktu untuk menilai keburukkan orang lain. Jangan sampai kesibukanmu menilai kualiti orang lain membuatmu lupa akan kualiti dirimu".

Mari kita berhenti bersangka buruk kepada insan lain.fokus pada diri sendiri dalam beribadah, bekerja dan utk terus menerus menjadi positif.

​Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.​

​Robbana Taqobbal Minna​

Selasa, 2 Januari 2018

Kisah 3 soalan 1 penampar

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya._

*PEMUDA:* _Tok imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?_

*PAK IMAM:* _Boleh!!! dengan izin Allah._

*PEMUDA:* _Tok imam yakin kaaa?? Profesor pun tak boleh jawab soalan saya._

*PAK IMAM:* _Aku akan cuba jawab soalan hang,,!!!_

*PEMUDA:* _Saya ada 3 soalan;_
_1. Kalau benar ALLAH tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?_
_2. Apakah yg dinamakan TAKDIR ?_
_3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yg dibuat dari api, tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yg sama. Apakah tuhan tak pernah terfikir sejauh itu???_

*PANGGGGGGGGG !!!*
_Satu penampar dari tok imam singgah kat pipi pemuda itu._

*PEMUDA:* _Adoiiiii!!! Awat Tok imam tampaq saya?_

*PAK IMAM:* _Sekali tampaq kat muka hang adalah jawapan untuk 3 soalan hang tanya sat-sat !!_

*PEMUDA:* _Saya tak paham !!!_

*PAK IMAM:* _Macamana rasa penampaq saya?_

*PEMUDA:* _Sakit laa Tok Imam !!!_

*PAK IMAM:* _Jadi hang percayalah sakit tu ada !!!_

*PEMUDA:* _Ya !!!_

*PAK IMAM:* _Boleh tak hang tunjuk sakit tu ada dan macam mana rupa dia_.

*PEMUDA:* _Tak boleh laaa Tok Imam oiii,,!!!_

*PAK IMAM:* _Tu jawapan soalan pertama hang. Kita boleh rasa ALLAH tu ada tapi tidak boleh tengok._

_Permuda terpegun jawapan Pak Imam._

*PAK IMAM:* _Malam tadi hang mimpi tak nak makan penampaq aku?_

*PEMUDA:* _Takkk!!! ( sambil gosok2 pipi bekas kena penampar )_

*PAK IMAM:* _Hang terpikiaq tak yg hang nak makan penampaq aku hari ini ?_

*PEMUDA:* _Takkk!!! ( masih tercengang2 )_

*PAK IMAM:* _Tu lah namanya TAKDIR,,!_

_Pemuda sombong itu terdiam._

*PAK IMAM:* _Tangan yg aku tampaq muka hang ni dibuat dari apa?_

*PEMUDA:* _Kulit dan daginggg !!!_

,*PAK IMAM:* _Pipi yg kena panggg ngan aku tu dibuat dari apa pulak ?_

*PEMUDA:* _Kulit dan daging...!!!????_

*PAK IMAM:* _Hang rasa macam mana bila aku pangg hang tak sat ?_

*PEMUDA:* _Sakit dan pedih berdesing...!!!?_

*PAK IMAM:* _Itulah....! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka jugak dari api, Jika ALLAH berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsurnya...!_

*PEMUDA:* *Allahuakbar !!!*

*Pak imam* *meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu Pak imam tua tersebut.*

Semoga bermanfaat. ☺